Posts

REDAH : MOSSY FOREST DAN GUNUNG IRAU

Image
"Nampak misteri dan mendebarkan" Cameron Highland sinonim dengan cuaca yang sejuk dan buah strawberi...Juga terdapat hamparan ladang teh yg segar menghijau dan juga terdapat kebun-kebun sayur yang di tanam oleh penduduk tempatan...Oleh itu sering kali menjadi tumpuan orang ramai  sebagai tempat beristirehat,terutama ketika musim cuti sekolah... "MOSSY FOREST DAN GUNUNG IRAU" Banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Cameron Highland ini...tetapi ada suatu tempat yang sangat menarik dan luar biasa indah disini... "Mossy Forest dan Gunung Irau" Bagi pengemar aktiviti hikking dan trekking...ini adalah suatu tempat yang harus anda lawat dan lewati...hutan dan gunung ini pasti akan memberikan anda suatu pengalaman yang cukup hebat.. Salah satu laluan trekking di Mossy forest... Ramai orang yang telah sampai kesini terpukau dengan keadaan hutan Mossy Forest ini...ada yang mengatakan..seolah-olah seperti berada di dalam hutan cerita ...