PERMOHONAN LESEN LAYARAN ROMPIN
"WAHHHH...DAPAT LESEN BESAR"
Itulah kata-kata spontan dari rakan-rakan apabila melihat gambar bersama ikan layaran hasil pemburuan di Rompin, Pahang...Bagi saya gelar la apa sahaja...tapi yang penting ialah rezeki dan kepuasan dapat berentap dengan spesies ikan berparuh ini..
Ikan layaran atau "Indo-pasific sailfish" adalah dikategorikan sebagai keluarga billfish yang juga satu keluraga dengan marlin dan swordfish...merupakan antara "game fish" bertaraf dunia...
Jadi bila berhasil mendaratkan ikan jenis ini..tidak keterlaluan untuk di iktiraf sebagai "lesen besar"
Keluarga ikan layaran.... |
Sebagai peminat dunia pemancingan, saya sendiri secara peribadi telah meletakan ikan layaran sebagai salah satu dalam "senarai ikan" yang mesti saya daratkan...walaupun masih baru dalam dunia joran ini...Saya tidak takut untuk memasang cita-cita untuk memburu spesies ini..
Bersama dengan 3 sahabat saya yang salah seorangnya sudah ada pengalaman mendaratkan ikan layaran...kami merancang satu misi ke Rompin.
Maka setelah menempah khidmat bot dan tekong(3 bulan awal) dengan kak ros (salah seorang pengusaha bot pancing di rompin) ...Kami pon bertolak ke Rompin,Pahang untuk memburu "layaran"
Ikan layaran telah diangkat sebagai mercu tanda bagi daerah Rompin |
Ahli komplot Dari kiri Syafiq, Penulis, Din dan Fahizal |
Kami bertolak dari Kuala Lumpur pada jam 1.00 pagi dan tiba di Rompin pada pukul 5.30 pagi...Setelah Solat subuh kami pon bergerak mencari sarapan dan terus sahaja ke Jeti Sg puteri...pada jam 7.30 pagi kami sudah menaiki bot dan bergerak ke unjam untuk mendapatkan stok umpan..
Umpan kegemaran layaran ialah ikan tamban,selar, dan kembung...Apabila stok umpan hasil dari teknik appolo dirasakan mencukupi...kami terus menuju ke spot yang pertama...agak sunyi sepi disitu...Antara tips untuk tahu "port" layaran ialah melihat kawanan burung camar...
Hampa di spot pertama kami bergerak ke spot kedua...rezeki tak pernah salah alamat...mata kail rakan saya, Fahizal yang mengunakan mata circle hook jenama owner yang berumpankan tamban saiz 3 jari lelaki dewasa telah dilarikan suspek...dengan pengalaman yang beliau ada...beliau hanya menunggu masa yang tepat untuk melakukan strike dan hook...bila sedar tali keluar laju dari mesin...lantas beliau melakukan sentakan...tertunduk-tunduk joran dibuatnya...dalam jarak 100 meter kami dapat melihat layaran pertama buruan kami beraksi akrobatik...bersorak satu bot secara serentak...
"Double strike"
Dalam pada ghairah melihat Fahizal sedang bertarung...saya yang duduk dibahagian depan bot...perasan sesuatu yang tidak kena dengan cara tali benang 60lbs keluar dari mesin..tidak begitu laju..hanya "slow & steady"...saya yang baru pertama kali..berasa cemas..seakan bersendirian..kerana yang lain lebih tertumpu dengan pertarungan dibelakang bot.. saya menutup spool dan mengetatkan drag..sedang saya berbuat demikian...sreeeeettttttt....tali saya memacu laju...maka menjerit la saya dek kerana teruja...umpan yang saya renangkan disambar suspek...
Segala kudrat dan skill telah kami keluarkan...pertarungan sangat sengit...adakala tali terlalu tegang..adakala tali kendur seolah-olah suspek telah lucut dari mata kail..lebih kurang 20 minit bertarung...maka 2 ekor layaran bersaiz sederhana dapat didaratkan...oleh saya dan fahizal..
Maka dengan itu, rasmi la saya sebagai "pemegang lesen"....perasaan saya apabila mendaratkan ikan layaran ketika itu hanya dapat digambarkan dengan satu hela nafas yang panjang "fuhhhhhh"
Setelah gambar lesen diambil...ikan harus segera dilepaskan..ikan layaran tidak tahan lama didarat apatah lagi setelah penat bertarung...
"Cara Lepas"
"Peringatan" di rompin ini untuk spesies ikan layaran ..amalan "tangkap dan lepas" di praktikan..demi menjaga kelangsungan dan pemuliharaan ikan layaran...
Cara untuk melepaskan ikan kedalam air adalah seperti berikut....Ikan hendaklah di tenggelamkan didalam air...kita hendaklah memegang bahagian atas paruh ikan tersebut...lalu kita gerakan ikan itu kedepan dan kebelakang...sehingga paruh yang kita pegang tadi mula mengetip...itu adalah tanda yang ikan sudah sedia untuk di lepaskan...
"Double Double Strike"
Ketika saya dan fahizal sedang berehat...Kami sekali lagi dikejutkan dengan satu tarikan di joran...kali ini joran Din pula yang mengena....dengan penuh kekuatan Din memusing mesin bagi memujuk ikan layaran yang mengena supaya mendarat di atas bot dengan selamat..Dalam kemeriahan memberi sorakan semangat untuk Din..Tiba-tiba joran Syafiq pula dihambat rakus...dalam jarak 20 meter dapat dilihat satu lonjakan epic dari mangsa buruan...Tekong bot kami yang berbangsa cina...turut teruja..."waaa lagi double strike,walawey" katanya...
Kali ini pertarungan adalah dari sisi kiri dan kanan bot...masing-masing memerah keringat di tengah lautan yang terik namun berangin...
Apa yang dihajatkan oleh Din tercapai..ikan berjaya didaratkan setelah 20 minit memujuk...selang 10 minit selepas itu Syafiq pula selamat mendaratkan tawanan...gambar "double strike" mereka tidak dapat diambil bersama kerana ikan yang didaratkan Din sudah semakin lemah dan perlu dilepaskan segera atas nasihat tekong..Maka semua ahli komplot berjaya memperolehi "lesen"
Alhamdulilah...tidak sia-sia niat kami...
Memang tepat masa kehadiran kami.....ikan-ikan layaran ketika itu memang sedang mengganas...
selang setengah jam selepas itu...joran saya sekali lagi diragut...apabila tali agak tegang saya membuat satu sentakan...lantas seekor layaran melompat keluar dari permukaan air ..menandakan "pertarungan sudah bermula"
Saya yang masih teruja dengan pendaratan pertama...tetap kekal fokus bagi pertarungan kali ini..
kali ini saya berada di bahagian belakang bot...turun naik rod sy kerjakan...berdecit drag menahan tali... "lawan" saya kali ini agak rakus....saya memujuk dalam paksa....akhirnya ikan kedua saya berjaya didaratkan.. secara rasmi ini adalah ikan ke-5 yang kami daratkan secara berkumpulan..dalam tempoh kurang dari 2 jam...
Oleh kerana semua sudah merasa puas melayani "Game Fish" dalam masa yang singkat... maka kami bersepakat ingin melayani "ikan lauk" pula oleh kerana kami kirakan yang misi kami sudah berjaya...jadi masa yang lebih itu kami memilih untuk mencari ole-ole untuk di bawa pulang...sambil bersembang dan bercerita pengalaman baru "mendaratkan lesen besar"
Setelah petang kami kembali ke jeti...bersama satu tong yang agak penuh bersaiz sederhana dengan ikan pelbagai jenis seperti selar,cencaru,kerisi dan kerapu...dan setelah berehat dan mandi di masjid berdekatan..kami pon bertolak balik ke Kuala Lumpur...
"Misi Berjaya"
Keseluruhanya...misi ini dikira berjaya dengan jayanya...semua dari kami merasa "lesen"
dan dapat pula bersantai sambil memancing...semua pulang dengan senyuman..kami merasakan ini adalah suatu trip yang sangat bahagia buat kami...dan kami bertekad ingin memperbaharui "lesen" kami....
Comments
Post a Comment