REDAH : MOSSY FOREST DAN GUNUNG IRAU

"Nampak misteri dan mendebarkan"

Cameron Highland sinonim dengan cuaca yang sejuk dan buah strawberi...Juga terdapat hamparan ladang teh yg segar menghijau dan juga terdapat kebun-kebun sayur yang di tanam oleh penduduk tempatan...Oleh itu sering kali menjadi tumpuan orang ramai  sebagai tempat beristirehat,terutama ketika musim cuti sekolah...

"MOSSY FOREST DAN GUNUNG IRAU"

Banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Cameron Highland ini...tetapi ada suatu tempat yang sangat menarik dan luar biasa indah disini... "Mossy Forest dan Gunung Irau"
Bagi pengemar aktiviti hikking dan trekking...ini adalah suatu tempat yang harus anda lawat dan lewati...hutan dan gunung ini pasti akan memberikan anda suatu pengalaman yang cukup hebat..

Salah satu laluan trekking di Mossy forest...

Ramai orang yang telah sampai kesini terpukau dengan keadaan hutan Mossy Forest ini...ada yang mengatakan..seolah-olah seperti berada di dalam hutan cerita "lord of the ring"..secara peribadi saya mengakui landskap hutan ini memang "sesuatu"..memang seolah berada di hutan dalam cerita yang di perkatakan itu...hutan untuk pengambaran filem itu memang wujud dan berada di selatan New Zealand... tapi "Buat apa nak pergi jauh,kalau negara sendiri ada hutan macam tu" nak  buat perbandingan secara terperinci mungkin sukar..sebab saya belum pernah jejak hutan New Zealand tersebut...namun persamaan secara umum...kedua-dua hutan ini adalah bukti keindahan ciptaan Allah swt .... Subahanallah...

Serba sedikit maklumat tentang Mossy Forest...hutan ini merupakan hutan tanah tinggi yang terletak di Brinchang Cameron Highlands dan Gunung Irau pula merupakan puncak tertinggi di Cameron Highlands dan gunung yang ke-15 tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 2,110 meter.
Yang menariknya...kedudukan Gunung Irau ini berada betul-betul disempadan antara negeri pahang dan perak...


Laluan trekking di sini sebenarnya adalah garis sempadan antara Pahang dan Perak
credit : nstp.com.my


Nak jadi cerita...Saya telah di "add" dalam suatu group whatsapp....Gang2 ni asalnya ramai...tapi akhirnya tinggal la 13 orang yang "confirm ON"...so kita gelar la gang ini dengan gelaran "13 Gang Irau" .... kami ada seorang group leader yang berpengalaman sangat luas... jadi dia la yang menguruskan semua keperluan dari permit hingga makanan.. terima kasih "abang Zack"

Kepada yang ingin membuat trip kesini anda hendaklah memohon permit terlebih dahulu...
Jabatan Perhutan Cameron
Tel: +05-491 1384
 http://apps.forestry.pahang.gov.my/ekorimba/main/index.php

Bayaran:
Permit : RM10


13 GANG IRAU....
Dari kiri atas christene,wawan,abg zack,abg kuchai,haikal,
Kiri bawah fizi,fatin,zack,gustavo,rahmat,syah
tiada dalam gambar bobo dan thaqif

Kami bermula dari "camp site" Sg Pauh...kami mendirikan khemah dan berpusat disitu yang diseliakan oleh 2 ahli kami yang tidak turut mendaki.. sekitar jam 0700 pagi...kami bersiap sedia menunggu pacuan 4 roda yang kami sewa untuk membawa kami naik ke Mossy forest...
Gambar kumpulan sementara menunggu 4x4...


Masing-masing mengambil "mood" dan memeriksa kelengkapan



Berhimpit didalam 4x4 yang "macho" 

Setelah itu kami semua bergerak menuju ke Mossy Forest melalui ladang teh Sg palas..Pagi itu memang cukup nyaman...dengan cuaca yang sejuk dan melalui ladang teh yang menghijau...cukup menenangkan..

Setelah tiba disana kami terus siap sedia untuk memulakan penerokaan kami di Mossy Forest...kami membuat sedikit regangan otot dan membaca doa memohon keselamatan dan jagaan dari Allah swt..
Persiapan dan peralatan yang saya bawa dan rasa perlu ialah :

1) air minum (1liter)
2) makanan ringan (roti@coklat)
3) headlamp
4) windbreaker @ sweater
5) kamera @ smartphone
6) sarung tangan





Rasa teruja yang amat sangat untuk memulakan penerokaan kami...


Perjalanan kami bermula dengan melewati pelantar kayu yang dibina untuk pelawat yang hanya ingin bersiar atau menikmati suasana panorama disini...turut disediakan beberapa pelantar yang berfungsi sebagai menara tinjau...oleh kerana masih pagi keadaaan ketika itu berkabus jadi had penglihatan kami disitu agak terbatas...namun suasana yang berangin pada pagi itu amatlah nyaman...

Berjalan diatas pelantar kayu untuk menikmati pemandangan sekitar.
Kabus tebal  menghalang pemandangan kami pada pagi itu..

Pelantar kayu untuk menuruni bukit 




Untuk masuk ke Mossy Forest anda perlu mengikuti pelantar ini hingga ke suatu tempat dimana anda akan berjumpa dengan kaunter pemeriksaan permit...


Kaunter pemeriksaan permit
Credit : thestar.com.my

Bermula dari sini kita akan menyelusuri trek yang sangat indah kejadiannya... Trek disini agak berlecak dan berakar... Jadi setiap langkah yang diambil perlu cermat supaya tidak berlaku kecederaan..



Permukaan trek yang perlu dihadapi...

Trek boleh dikatakan agak mencabar tapi tidaklah terlalu extreme.. Namun begitu stamina yg mantap amat diperlukan.. Dengan keadaan cuaca yang dingin kekejangan mudah berlaku..


Tenang dan santai...


Senyum dan jangan nangis


Kami dikehendaki mendaki beberapa bukit yang agak curam...ada diantara spot yang curam itu telah dipasang tali oleh pihak bomba dan geng2 trekking...bagaimana pun kita masih perlu meneliti setiap langkah yg diambil untuk menuruni bukit yg curam itu...

Pergerakan kami tidak terlalu pantas...kami bergerak dalam kadar "santai"...tetapi masih dalam masa yang telah dirancang... "perancangan masa" amat penting kerana kita mahu mendaki hingga ke puncak dan mesti keluar dari sini sebelum matahari terbenam...

Maklumlah tempat yang indah macam ni...dan bukan senang-senang nak sampai..jadi lensa kamera telefon pintar masing-masing dikerah bekerja keras bagi mengabdikan setiap memori menjadi foto..



Bergambar sebelum mula mendaki salah satu bukit di Mossy Forest




Selain mengambil gambar kenangan di spot yang dirasakan "rare"...kami juga mencuri masa untuk berehat dan melepaskan lelah.. "Peringatan" bekalan air amat penting...kerana disepanjang perjalanan..memang kami tidak jumpa langsung punca air...mujur udara nyaman dan dingin menjadikan kita kurang rasa haus...



Rehat dan bergambar


Akar-akar pokok yang berlumut,serta tumbuhan lain yang menumpang...menjadikan landskap di Mossy Forest ini seperti sebuah taman mistik...




Proses menuruni bukit  memerlukan ketelitian bagi mengelakan dari tergelincir





Abang zack mengambil gambar kumpulan  dari atas dahan...



Berbincang dan meneliti mengenai tumbuh-tumbuhan yang ada di Mossy Forest...


Perjalanan harus diteruskan...ayuhhh

Salah satu laluan yang  ada, seolah-olah seperti gerbang ke alam lain....cantik dan misteri



Dalam pada itu...juga diadakan tutorial ringkas oleh leader kami, abg Zack tentang asas bacaan peta dan kompas...sedikit sebanyak terisi jua lah program ini dengan ilmu baru...kerana rata-rata diantara kami memang tak pernah tahu baca peta dan kompas.


Sedang mempraktikan cara bacaan peta yang betul



Bagi yang pertama kali...kekeliruan adalah perkara biasa..



Jika anda tidak dapat memahami cara membaca peta dengan betul....maka eloklah anda hanya membaca surat khabar....walaupon surat khabar tamil..sekurang-kurangnya ada juga gambar yang boleh anda fahami..



Maka setelah hampir 4 jam mendaki dan menuruni tebing demi tebing...masa yang diambil termasuklah berhenti berehat dan bergambar....kami pun sampai ke puncak Mini Irau...namun apa yang sedikit mengecewakan ialah pendakian kami hanya sampai di  Mini Irau sahaja..kerana pada tarikh kami pergi...trek untuk ke puncak Gunung Irau ditutup sementara,ekoran tanah runtuh yang berlaku sebulan sebelum pendakian kami....Atas faktor keselamatan dan patuh pada arahan pihak berkuasa...kami akur...ikutkan perasaan...selamba redah aja...kerana puncak Irau hanya lebih kurang sejam dari lokasi Mini Irau...tapi jika berlaku apa yang tidak dingini pasti menyusahkan diri dan ramai pihak...

Bersama minyak panas yang ditaja...

Antara lorong-lorong yg ada di Mini Irau...

Bergambar ala-ala "selesai misi khas"

Memberi sedikit ucapan dan penghargaan di Mini Irau

Kami sudah sampai di sini...


booooyahhhhh....


Hanya mampu meninjau puncak irau...



Pemandangan yang dapat dilihat dari puncak Irau...

Rehat sambil melihat telatah rakan-rakan

Kebenaran hanya sampai disini...garis kuning yg direntang  oleh bomba menandakan penutupan trek ke puncak Irau...


Setelah 1 jam berada di Mini Irau...kami pun mula bergerak turun ke pintu masuk Mossy Forest....perjalanan turun kami fokus untuk sampai ke pintu masuk...hanya berehat seketika dan kurang bergambar..risau takut tidak sempat sampai sebelum hari gelap...tapi kami tidak la terlalu tergesa-gesa...masih santai dan "rilek"

Lebih kurang pukul 5:30 petang kami sudah tiba di pintu masuk Mossy Forest...

Tempat berehat sementara...

yeaaaaahhhhh...kami berjaya naik dan turun...

Kesimpulan...

Secara keseluruhanya...ekspedisi kami boleh dikatakan berjaya..Walaupun tidak sampai ke puncak Irau (harus ada trip ulangan)...kerana kami memang telah sedia maklum yg trek ke Puncak Irau telah ditutup ketika dari proses permohonan permit lagi..namun semangat kerjasama kami membuatkan trip ini amat bermakna dan menjadi suatu pengalaman manis buat kami...

Mossy Forest dan Gunung Irau merupakan khazanah yang perlu kita pelihara...ekosistem dan landskapnya yang unik menjadi penarik lokasi ini..

Bagi yang ingin hiking disini..treknya tidak la begitu sukar...cabaran utama treknya ialah akar-akar yang melata,lopak air dan lecak,cerun-cerun yang curam, serta pendakian yang agak tegak...jadi stamina yang cukup diperlukan...sediakan bekalan air yang cukup..kerana tiada punca air yang boleh didapati sepanjang trek...Mini Irau sesuai dijadikan sebagai tapak perkhemahan bagi yang ingin bermalam...

Buat "Gang 13 Irau" anda sememangnya "awesome" 

~kenangan jadi ingatan, peristiwa jadi sebutan~





Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

7 tingkat Air terjun Berkelah ...

PERMOHONAN LESEN LAYARAN ROMPIN