7 tingkat Air terjun Berkelah ...
Ikut masing2 la kan...duduk rumah memang rilek..tapi takat tu jela...klu kita keluar ni..luas sikit la bukaan minda kita ni...ini kan pulak pergi menyelami dan bersahabat dengan alam...memang rilek dan boleh "refresh" kan diri...
Okey la...port yang abang nak sembang ni ialah di Berkelah, Maran, Pahang ....benda kalau dah nama Pahang memang hutan luas dan tebal la kan... balak pon gred2 AAA..tapi xtau la...control ke x
penebangan balaknya..no komen la..tak tahu...
Kalau sekali baca macam berkelah (picnic), tapi bunyi dia bukan kay tapi ke....so Gang2 abg sudah setting nak pergi tinjau dekat sana..pasal dengar cerita macam2 kat sana ni..yang selalu orang sebut ialah pasal kolam air terjun dia yang dalam dan menyedut...yang dalam tu betul..tapi menyedut tu pon mcm betul..sebab kalau berenang dalam kolam tu mmg kita boleh rasa satu arus pusar kat dalam air..so gang...safety first okey..jgn koboi sgt...BAHAYA...
Pada tarikh 16 - 18 April 2019...kami dengan kekuatan 13 orang lelaki melayu semuanya...telah bergerak dari Kuala Lumpur ke Maran .....kami bergerak dari kuala lumpur pada jam 0330...kami menggunakan jalan lebuhraya karak - lpt...masa perjalanan adalah kurang lebih 2jam30minit...kami menempuh hujan lebat disepanjang perjalanan..itu menyebabkan timbul sedikit rasa goyang dalam sanubari kami..sebab....nanti abg terangkan..so dalam jam 0600 kitaorg pon sampai la.. kat check point pertama... RESTORAN TOMYAM LIJAH...
Papan tanda restoran.....dan tertera alamat disitu.. |
Barang yang sudah dibawa turun...beg dan bekalan makanan.. |
Kami berkumpul di situ kerana kami akan menggunakan khidmat pacuan 4 roda yang disediakan oleh penduduk kampung disitu.Penyedia perkhidmatan itu di kenali dengan nama "jepun".. contact xdapat nak share lah sebab member abang yg deal...so member abang yang bahagian deal ni janji tunggu kat situ..sementara tunggu tu kami pon solat subuh dan mengisi perut kami..restoran ni yg ramai singgah ialah driver lori....rasa kedai ni 24 jam la..
Bila kita semua macam dah setel sikit2..member abang tu pon roger la "jepun" tu..tp anak jepun yang datang..bermakna anak kepada si "jepun" ni la..tanpa lengah masa kita orang parking kereta turun barang2 semua..nak isi dalam 4x4..port parking kereta kami ialah di seberang jalan restoran lijah tadi...inshaallah selamat parking situ...
Kalau diperhatikan di bahagian seberang jalan sana adalah restoran Tom Yam Lijah... |
Bila dah kasi up semua barang2..kitaorang semua pon dah naik...maka kami pon bergerak la untuk menuju ke pintu masuk
"Hutan Lipur Berkelah"
Perjalanan dari tempat kita turun barang tadi hingga ke pintu masuk..mengambil masa dalam 20 minit untuk sampai..
Bergambar kenangan sebelum memulakan trekking...gambar di ambil pintu masuk depan... |
Sampai di pintu masuk ..semua dah tak sabar nak memulakan perjalanan untuk menjelajah air terjun berkelah ni..air terjun berkelah ni ada 7 tingkat yang ditandakan.. hanya beberapa tempat sahaja yang sesuai untuk didirikan tapak perkhemahan...
Untuk sampai ke tingkat air terjun ke -7....masa perjalanan yg kami ambil lebih kurang dekat 3 jam..sebab beg dan barang masing2 xnak kalah...maklum la nk tido hutan 2 malam...takut xcukup bekalan...so masing2 membawa beban dalam purata 15kg hingga 30kg seorang....hadoiiii....
Majoriti permukaan trek adalah berbatu..dan perlu meniti ditebing2 jurang sungai yang tinggi...sebab tu yang jadi risau masa "otw" tadi...takut licin..sebab mengikut maklumat kawasan ni berbatu dan kena lalu tebing2 curam...Alhamdulillah..cuaca dari kami tiba pagi tadi..memang cantik cerah dan panas...memang PANAS sgt....so air standby lebih ckit la untuk minum..
Beberapa bahagian trek,menuntut kita supaya melakukan pendakian.. |
Lihat tebing dikiri dan kanan sungai...permukaan trek begitu la yg perlu diselusuri...keadaan berbatu dan curam..menjadikan ia bahaya ketika hujan... |
Antara panorama yang dapat dinikmati disepanjang perjalanan.. |
Ada juga bahagian yang memerlukan kita menuruni curam... |
Setelah liku2 perjalanan telah kami lalui...kekuatan mental dan fizikal kami di uji...akhirnya kami tiba di tingkat ke 7 air terjun berkelah....sampai sahaja disana...kami terus meletakan barang dan terus menuju ke air terjun....woooo...sampai juga kami...syukur Ya Allah...
Jaket keselamatan diperlukan bagi mengelakan perkara yang tidak diingini berlaku.... |
Memang indah air terjun berkelah...tapi walaupon begitu,air terjun ini sangat merbahaya...kedalamanya mencecah hingga 9 meter dalam.... |
Setelah mandi2 dan segarkan badan...baru la kami semua setting tapak perkhemahan...aktiviti kami ketika diatas selain dari rilek2 menikmati kehijauan dan irama (bunyi unggas dan haiwan) rimba yang mengasyikan ...kami juga bergotong-royong membersihkan tapak perkhemahan dan kawasan sekitar..kawasan perkhemahan tu x la kotor sangat...tapi masih ada sedikit sisa-sisa tinggalan...aktiviti yang paling kerap ialah masak air...kejap2 bancuh air...yelaaa..sambil kena kopi baru sedap nak bersembangkan...
Kalau selalu duduk bersembang minum petang di kafe atau kedai mamak...apa kata sesekali cuba minum petang di dalam hutan... seronok juga...
|
Rewang memasak... kalau untuk kenduri periuk dan kawah besar yg digunakan... untuk kami cukup la sekadar yg comel2 sahaja... |
Pada sebelah pagi keesokan harinya...kami bangun dan menyediakan sarapan pagi...bermandi manda...dan setelah itu bersiap2 mengemaskan barang serta tapak perkhemahan kami...kami akan bergerak turun ke bahagian air terjun tingkat 4....kerana ada sebahagian dari kami akan balik pada hari kedua ini...Jadi kami sama2 turun separuh jalan dengan kumpulan yang balik..jadi bila kami yg tinggal ni nak balik nanti, tidak perlu lah berjalan jauh lagi..
Ditapak perkhemahan ke-2...kami hanya santai2 sahaja..memandangkan ahli kami pon dan berkurang...kami lebih banyak berehat dan cuba untuk bersatu dengan alam...maklum la esok hari sudah hendak pulang ke kota raya yang sibuk dan memenatkan...jadi hari2 last disana kami ambil peluang berehat dan menenangkan fikiran...
Port mandi kami yang kedua.....lama juga berendam dan mandi...disini tidak la sedalam air terjun tingkat 7... |
ketika cuaca panas, berendam di dalam sungai amatlah menyegarkan... |
Cubaan membuat perangkap ikan... Pada hari ke-3, setelah selesai bersarapan...kami pon terus ke sesi mandi-manda yang terakhir....setelah itu kami berkemas dan membersihkan kawasan perkhemahan..walaupon tidak puas bermanja dengan alam dan kicauan mergasatua.. Tapi hakikatnya ini hanya lah tempat kami menumpang bagi merehatkan minda dan melihat kebesaran Allah Maha Pencipta kita...jadi setelah kami semua bersiap...lebih kurang dalam jam 1200 kami pun "check out" dan memulakan perjalanan pulang ke pintu masuk hutan berkelah... Perjalanan turun kami lancar oleh kerana kami sudah kurang bawa bebanan dan jarak perjalanan yang sudah dekat....hanya 30minit masa yang diambil dari tapak perkhemahan yg ke-2 untuk ke pintu masuk hutan berkelah... |
Bantu membantu amalan mulia...sikap saling membantu antara satu sama lain telah menjadi asas kumpulan ini.. |
Persediaan untuk pulang telah tersiap rapi... |
Pemeriksaan ke atas barang masing2...biar semuanya sudah lengkap. |
#hanyayangberani
ReplyDeleteSalam ... boleh x abg bg saya no contact abg jepun tu ... 0183745877
ReplyDeletesaya sazali yusoff berhajat untuk menggunakan gambar yang tuan ambil untuk dimasukkan dalam brochure Tourism pahang
ReplyDelete